fbpx

Zii Jia terima geran bantuan Olimpik KBS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA menjadi salah seorang atlet profesional negara yang menerima geran bantuan KBS untuk ke Olimpik Paris.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) telah menyalurkan geran bantuan berjumlah RM300,000.00 kepada atlet-atlet profesional negara bagi persiapan menghadapi temasya Sukan Olimpik Paris 2024. 

Bantuan itu disalurkan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) yang melibatkan atlet sukan golf Gavin Kyle Green dan Ashley Lau Jen Wen serta atlet badminton  Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan atlet profesional dalam menyertai beberapa kejohanan kelayakan, kem latihan, mendapatkan rakan pelatih (sparring partner) dan perkhidmatan sokongan lain.

“Ini adalah komitmen kami untuk membantu setiap atlet yang membawa bendera Malaysia bagi memastikan persiapan serta latihan mereka berada dalam keadaan optimum sebelum berangkat ke kejohanan.

“Mereka bukan sahaja akan menerima perkhidmatan daripada pasukan ISN tetapi juga bantuan kewangan daripada kerajaan serta kami mahu para atlet tahu mereka pergi dengan sokongan penuh kerajaan dan seluruh negara,” katanya.

Pihak Kementerian juga berharap bantuan tambahan ini akan membantu atlet-atlet memberi tumpuan kepada persiapan masing-masing dan memberikan persembahan terbaik mereka di pentas Olimpik nanti.

Kejohanan golf di temasya sukan Paris itu dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 10 Ogos 2024, sementara acara badminton akan bermula dari 27 Julai hingga 5 Ogos 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI