fbpx

Waspada penipuan prapenyenaraian syarikat di Bursa Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SC telah menerima aduan mengenai penipuan pra penyenaraian yang melibatkan lebih daripada RM800,000. -Gambar hiasan

PETALING  JAYA – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham praTawaran Awam Permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.

Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam kenyataannya berkata, penipuan ini kebanyakannya melibatkan tawaran penempatan persendirian, biasanya ditetapkan selari dengan masa penyenaraian IPO akan datang yang diterbitkan di laman web Bursa Malaysia.

Pelaku penipuan ini yang menyamar sebagai ‘ejen’, kebiasaannya akan membuat Kumpulan WhatsApp untuk mempromosikan pelaburan pra-IPO ini dan  bakal mangsa akan dimasukkan ke dalam kumpulan  tersebut tanpa kebenaran.

“Skim ini mungkin disertakan dengan testimoni palsu daripada pelabur lain agar mereka kelihatan boleh dipercayai.

 “Pembayaran untuk ‘langganan’ perlu dibuat ke akaun bank entiti yang tidak berkaitan dengan IPO dan disyaki sebagai akaun bank keldai.

“Pada hari penyenaraian IPO, ‘ejen’ ini akan mengumumkan bahawa saham IPO telah disenaraikan dan telah mendapat keuntungan, dan bahawa bayaran tambahan diperlukan untuk saham mereka diperuntukkan. Ini sudah tentunya satu penipuan untuk menjerat mangsa agar memberi lebih banyak wang,” jelasnya.

Sehingga kini, SC telah menerima pelbagai aduan dan pertanyaan daripada pelabur yang melaporkan kerugian yang besar iaitu melebihi RM800,000.

SC memandang serius perkara ini dan akan terus memantau dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap aktiviti penipuan pelaburan sedemikian.

Selain itu, orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dalam menilai tawaran pelaburan termasuk memastikan mereka tidak memindahkan atau mendepositkan wang ke dalam akaun yang mencurigakan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI