fbpx

Warga asing tumbuk maskot hijau diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki asing itu menggenggam tangan Nantawat dengan kuat sebelum menumbuk mukanya. – Khaosod

BANGKOK – Seorang lelaki memohon bantuan orang ramai untuk menjejaki warga asing yang menyerangnya dengan sengaja ketika dia memakai kostum maskot di Bangkok, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Nantawat Palawat memuat naik hantaran video kejadian di laman Facebook.

Menurutnya, pada hari kejadian, dia memakai maskot berwarna hijau ketika bertugas di daerah Phra Khanong.

“Mohon bantuan semua. Saya tidak tahu nama, kewarganegaraan atau apa-apa berkaitan individu ini. 

“Seorang lelaki asing meminta untuk bersalaman dengan saya. Seperti biasa, saya menghulurkan tangan, namun dia menggenggamnya dengan kuat sebelum menumbuk muka saya.

“Saya pengsan seketika dan mengalami kecederaan ringan akibat tindakan itu,” katanya.

Tambah Nantawat, dia membawa kegembiraan dengan menjadi maskot selama hampir 10 tahun, namun insiden itu membuatkan dia terkejut dan tidak tahu tindakan yang perlu dilakukan.

“Saya keliru kerana penyerang ialah warga asing. Jika dia ditangkap, ia amat bagus, namun saya mahu dia meminta maaf,” kata Nantawat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI