PETALING JAYA – Melihat pun sudah sakit, apatah lagi menulis nama anak sendiri di kubur.
Itu perasaan yang dilalui seorang lelaki yang tular di media sosial selepas dia terpaksa merelakan pemergian anak lelakinya menghadap Ilahi.
Menerusi perkongsian video berdurasi 17 saat di TikTok milik @nealea95, lelaki bergelar bapa itu dilihat menulis nama anak lelakinya pada papan tanda kubur sambil menahan sebak.
“Air mata seorang ayah yang kehilangan anak lelakinya,” demikian kapsyen yang ditulis pada video tersebut.
Tinjauan di ruangan komen mendapati orang ramai melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah atas pemergian anak lelakinya itu.
“Lahir dia sambut, pergi dia hantar,” kata Nazirul Ismail.
“Dulu dia (ayah) menulis nama di surat beranak selepas melahirkan. Sekarang ayah menulis nama di papan tanda kubur,” kata Alins.
“Macam arwah abah saya time (masa) saya form 1 (tingkatan satu), abang nombor dua saya meninggal dunia, arwah abah nangis sampai nak rebah.
“Betapa sakitnya seorang bapa kehilangan anaknya menangis macam budak, mak saya gila tiga bulan,” kata Steja.
Perkongsian video tersebut berjaya meraih sebanyak 329,100 jumlah tontonan dan 39,100 tanda suka.
@nealea95 Airmata seorang ayah yang kehilangan anak lelakinya.. hancurr #fyp ♬ suara asli – sherlya.a🧚♀️