fbpx

Terengganu, Pahang hujan lebat sehingga 9 malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri termasuk Terengganu dan Pahang sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka tertumpu di Kemaman, Terengganu dan daerah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

“Hujan lebat berserta ribut petir turut diramalkan di negeri Johor melibatkan daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi.

“Seterusnya di bahagian Malaysia Timur pula, cuaca sama turut berlaku di Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang di Sarawak.

“Di Sabah pula melibatkan beberapa tempat di kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) sehingga pukul 9 malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI