fbpx

Tauke durian mahu untung besar, tapi rugi RM204,706

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BENTONG – Seorang pekebun durian mengalami kerugian sebanyak RM204,706 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud dalam talian.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kejadian berlaku pada 21 Mei lalu selepas lelaki berusia 66 tahun itu berurusan dengan suspek melalui Facebook dan menyatakan minat dengan iklan pelaburan saham.

“Mangsa dijanjikan keuntungan sebanyak 100 peratus daripada jumlah pelaburan yang dibuat. Mangsa kemudian bersetuju membuat pelaburan sebanyak RM10,000 ke akaun bank yang diberikan oleh suspek.

“Suspek mendakwa mangsa memperoleh keuntungan RM500,000 dan dikehendaki membuat bayaran tambahan bagi menebus keuntungan yang dijanjikan,” katanya hari ini.

Menurut beliau, mangsa mengalami kerugian berjumlah RM204,706.03 selepas membuat enam transaksi pemindahan wang ke lima akaun berbeza menggunakan wang simpanannya.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud dan penipuan tawaran kerja dalam talian bagi mengelak menjadi mangsa tipu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI