fbpx

Tanah Yayasan Selangor seluas 1,277 hektar biayai KSSA?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Azmin ketika sesi perbahasan di DUN Selangor. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Projek pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) didakwa dibiayai dengan pertukaran sebanyak 1,277 hektar tanah di Pulau Carey yang dikatakan milik Yayasan Selangor.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ini melibatkan tujuh lot tanah seterusnya menimbulkan pulangan akan diterima Yayasan Selangor nanti.

“Saya difahamkan telah diberikan maklumat (berhubung tanah) kepada pemaju dan sudah ada rundingan dengan bank tempatan untuk melihat sama ada tanah-tanah ini boleh menjadi sandaran bagi membiayai projek ini.

“Ini perkara serius tanpa pengetahuan kita. Saya hendak tahu juga apakah kerajaan negeri memberikan jaminan kerajaan terhadap tanah kerajan yang akan disandarkan kepada pihak bank dan institusi kewangan bagi membiayai projek bernilai RM3.28 bilion.

“Kalau ini berlaku, MB perlu beri penjelasan dan bukan buat laporan polis (berhubung perkara dinyatakan itu),” katanya pada sesi perbahasan kajian separuh penggal Rancangan Selangor Pertama (RS-1) di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang menegaskan sekiranya perkara itu tidak ditadbir urus dengan sebaiknya akan menjejaskan perkembangan RS-1 susulan Pulau Carey adalah sebahagian daripada pelabuhan pada masa hadapan akan terjejas.

Mohamed Azmin turut menyatakan persoalan alasan kos pembiayaan terutama kaedah pertukaran tanah tersebut tidak dijawab sehingga kini meskipun telah dibangkitkan beliau pada 14 November tahun lalu.

“Isu ini belum dijawab dan sehingga hari ini rakyat di luar sana masih menunggu jawapan dari kerajaan negeri sedangkan ini merupakan salah pemacu perubahan dalam RS-1 yang menyasarkan bahawa projek ini mesti disiapkan pada tahun 2026. Sekarang, kita sudah sampai pertengahan 2024.

“Saya telah nyatakan dalam Dewan DUN ini dengan tegas sebagai rakyat dan anak Selangor, kita mahu KSSA dibangunkan dengan kemudahan canggih dan terkini serta menyediakan kemudahan yang baik..

“Sepatutnya dalam kajian separuh penggal, Menteri Besar kena datang dalam Dewan DUN dengan menyatakan mengenai tanah-tanah yang telah dikenalpasti dan dipersetujui bagi pertukaran tanah bagi membiayai projek KSSA RM3.28 bilion,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI