fbpx

Suspek rentung, dua anggota polis parah kereta masuk parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta peronda polis dan suspek yang mati dalam kejadian di Jalan Benteng, Parit Kongsi 4, Parit Jawa, Muar awal pagi hari ini

MUAR – Seorang lelaki rentung manakala dua anggota polis cedera parah apabila dua kenderaan dinaiki mangsa terlibat dalam kemalangan di Jalan Benteng, Parit Kongsi 4, Parit Jawa, Muar awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian berlaku pada pukul 5 pagi itu melibatkan sebuah kereta peronda polis (MPV) dengan sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu suspek.

Menurutnya, identiti suspek belum dikenal pasti kerana rentung di dalam kenderaan dinaiki manakala dua anggota polis yang parah masing-masing berusia 40 dan 41 tahun.

Jelasnya, sebelum kejadian, pada pukul 4 pagi, kedua-dua anggota polis berkenaan dalam tugasan rondaan telah menahan suspek di Pekan Parit Jawa untuk tujuan pemeriksaan.

“Setelah menyedari kehadiran polis, suspek yang memandu kenderaan jenis Toyota Vios telah melarikan diri dan terus memecut laju ke arah Parit Jamil.

“Kenderaan MPV telah membunyikan siren dan memberi isyarat supaya suspek memberhentikan kereta yang dipandunya namun suspek enggan berbuat demikian untuk mengelak dari ditahan pihak polis,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, semasa usaha mengejar kereta suspek, kedua-dua kenderaan telah terbabas dan masuk ke dalam parit berhampiran tempat kejadian.

Malangnya, kereta yang dipandu suspek telah terbakar hingga menyebabkan suspek meninggal dunia di tempat kejadian.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI