fbpx

Siasatan kes gangguan seksual wartawan wanita dijamin telus -Saifuddin 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (gambar) pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama Perpaduan di Sungai Bakap, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Pihak polis akan menjalankan siasatan secara telus berhubung kes gangguan seksual petugas kempen Pakatan Harapan (PH) terhadap seorang wartawan wanita di sebuah program di Sungai Bakap di sini, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau bagaimanapun belum menerima berita berhubung kes itu namun percaya pihak polis akan menjalankan siasatan mengikut jalur undang-undang.

“Belum sampai kepada saya berita itu, pertama kali saya dengar sebab saya sibuk berkempen, tetapi kalau laporan dah dibuat, saya beri jaminan ia sepenuhnya di bawah authoriti polis.

“Gunalah peruntukan undang-undang yang ada ada, buatlah siasatan secara profesional, ikut jalur undang-undang, itu saya boleh jamin,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Dalam kejadian malam tadi, seorang wartawan sebuah rangkaian rangkaian televisyen tempatan membuat laporan polis berhubung insiden seorang lelaki yang juga petugas kempen PH yang didakwa berkelakuan tidak senonoh.

Kejadian berlaku ketika pihak media sedang menemu ramah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang hadir pada majlis perjumpaan pemimpin di Dewan Sungai Kechil di sini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI