SIAPA sangka, dalam rancak mengendalikan perniagaan di Langkawi, penyanyi Black Hanifah sebenarnya bergelut dengan masalah ketumbuhan pada anak tekak.
Pelantun lagu Hanyut itu mendedahkan, sebenarnya sudah hampir setahun tidak dapat memenuhi permintaan mengadakan persembahan berikutan ketiadaan suara akibat masalah polip atau ketumbuhan.
Sebelum itu suaranya tidak dapat dilontarkan sehingga memaksanya mendapatkan rawatan alternatif, selain mendapat rawatan di hospital.
Selepas disahkan adanya polip, Black menjalani pembedahan pada 16 Mei lalu sebelum berehat sepenuhnya selama seminggu.
Kini pemilik nama lengkap Hanifah Muhammad Hanafiah, 36, itu sudah kembali rancak memenuhi undangan pentas selain sudah sedia ligat semula.
Alhamdulillah, patutlah agak lama tak nampak Black beraksi di mana-mana persembahan atau program televisyen.
MIZZ LAHAR: Seorang aktor dikatakan sedang hidap penyakit buah pinggang kronik.