fbpx

Saya tak mahu ‘over confident’ PH boleh menang – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin.

SEBERANG PERAI – Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak mahu terlalu ‘over confident’ (terlalu yakin) akan kemenangan yang dikatakan mampu berpihak kepada calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Sabtu ini.

Beliau berkata, bagaimanapun pihaknya terus optimis akan kemenangan calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, Dr. Joohari Ariffin hasil kekemasan gerak kerja jentera yang diaturkan sepanjang kempen sejak 22 Jun lalu.

“Seawal pagi tadi, kami tumpukan bahawa 48 jam terakhir adalah untuk zoom in secara mikro, secara granular. Kami juga boleh melihat bahawa pendekatan kami itu berjaya menembusi sampai ke tahap itu.

“Kami boleh buat sebab kekuatan jentera yang berjaya digembleng. Jadi, kita boleh menang. Dengan kemasnya jentera yang kita buat, gerak kerja dan kita tengok juga kelemahan di pihak lawan.

“Saya tak mahu terlalu over confident dalam bahagian itu, kalau benar keadaan itu wujud di sebelah sana, dia akan bagi juga sikit kelebihan kepada kami,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama Perpaduan di Sungai Bakap, hari ini.

PRK Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Dr. Joohari yang juga bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara dengan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Kerusi DUN Sungai Bakap yang mempunyai 39,279 pemilih terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Kawasan Sungai Bakap yang berada di bawah Parlimen Nibong Tebal diadakan semula pilihan raya susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff akibat keradangan dalam perut pada 24 Mei lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI