fbpx

Saya ingat dia seorang yang gila talak – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (kiri) dan Annuar.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Tan Sri Anuar Musa sebagai seorang yang gila talak apabila menuduhnya mengugut para pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Ahmad Zahid menjelaskan, apa yang dikatakan dalam ucapannya di Majlis Kasih Bersama Pemimpin di Sungai Kechil, malam tadi adalah satu cadangan, bukan saranan atau janji.

Katanya, dua projek bakal dilaksanakan jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap itu adalah kerana beliau dimaklumkan bahawa peruntukan itu telah ada.

“Malam tadi saya cadangkan supaya sebuah sekolah agama yang telah dibatalkan, dihidupkan semula. Kerana saya dimaklumkan peruntukan telah ada ketika itu, tetapi disalurkan ke tempat lain.

“Ia adalah munasabah untuk penduduk di Nibong Tebal khususnya di Sungai Bakap yang terdiri dari anak-anak orang India untuk diberi pendidikan di sekolah Tamil.

“Ketiga, semua daerah telah ada pusat aktiviti warga emas. Tapi di sebelah Seberang Perai Selatan khususnya di Sungai Bakap, masih belum diwujudkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Hari Anugerah Pendidik Mara 2024, di sini, hari ini.

Ujar Ahmad Zahid, ekoran itu, dirinya mencadangkan agar peruntukan yang telah sedia ada itu digunakan selepas PRK Sungai Bakap.

“Saya diberitahu peruntukannya telah ada, sebab itu saya mencadangkan projek-projek tersebut diwujudkan. Saya ingat dia (Annuar Musa) gila talak,” katanya.

Terdahulu, Annuar Musa yang juga Pengerusi Muafakat Nasional (MN) berkata, kenyataan Ahmad Zahid mengenai dua projek bakal dilaksanakan jika PH memenangi PRK DUN Sungai Bakap seolah-olah bersifat ugutan kepada pengundi.

Annuar berkata, kenyataan Ahmad Zahid dilihat menghina pengundi DUN Sungai Bakap yang mana seolah-olah tidak akan beri projek tertentu jika PH kalah di PRK berkenaan.

Kerusi DUN Sungai Bakap menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Abidin dengan calon dari Pakatan Harapan (PH) mewakili Kerajaan Perpaduan, Dr. Joohari Ariffin.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan berikutan kematian Nor Zamri akibat penyakit keradangan dalam perut pada 24 Mei lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI