fbpx

RUU Mufti Wilayah Persekutuan teras perpaduan umat Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di peringkat pusat dan negeri termasuk entiti dakwah di bawahnya memberi sokongan penuh kepada Rang Undang Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan).

Pengerusi Nadwah Ulama dan Ilmuwan Yadim (NUIM) Dr. Bashir Mohamed Al-azhari berkata, ini terutamanya melalui perkara 4 yang mentakrifkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dari sudut akidah bersumberkan aliran Al-Asyairah dan Al Maturidiah, fiqh Mazhab Syafie dengan meraikan tiga mazhab lain dan tasawuf Imam Ghazali dan Imam Junaid.

Jelasnya, sokongan RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) selari dengan konsep perpaduan umat Islam pada dasar Ahlus Sunnah Wal Jama’ah melalui aliran Al-Asyairah dari sudut aqidah dengan saranan tokoh-tokoh besar Islam dalam negara.

“Ini termasuk saranan tokoh luar negara seperti Syeikh Abdullah Fahim, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5 dan juga tokoh ilmuwan dunia al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi.

“Hal ini bertujuan bagi membentuk metafora perpaduan yang seimbang dalam pengamalan agama Islam di negara Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Yadim sangat komited melestari gerakan dakwah dan memperkasa pegangan Ahlus Sunnah Waljamaah, supaya masyarakat Islam dalam negara terus subur dengan budaya ilmu dan pengamalan dalam kehidupan seharian.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar ketika membentangkan RUU Mufti bersama dua RUU lain berkata, bacaan kali kedua dan ketiga juga dibuat pada persidangan kali ini.

RUU Mufti bertujuan mengadakan peruntukan mengenai mufti, penentuan mengenai hukum dan doktrin syarak serta perkara berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI