fbpx

QNET yakin peningkatan jualan rangkaian produk kesihatan di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trevor Kuna

PETALING JAYA – Syarikat jualan langsung antarabangsa, QNET yakin dapat mengembangkan pasaran di Malaysia menerusi beberapa produk yang dipertingkatkan terutamanya rangkaian kesihatan, kesejahteraan dan gaya hidup.

Ketua Pegawai Pemasaran QNET Trevor Kuna berkata, walaupun kebanyakan produk berkenaan telah berada di pasaran sejak tahun 2016, namun ia telah mengalami beberapa penambah baikan dengan menggunakan teknologi terkini.

Antara produk dibawah rangkain kesihatan termasuk Amezcua Bio Disc 3, Amezcua Chi Pendant 4, dan Amezcua E-Guard X manakala, bagi produk gaya hidup termasuklah Home Pure Nova, Home Pure Zayn.

Bagi produk nutrisi atau makanan tambahan ia meliputi minuman kesihatan EDG3 Plus dan Kenta.

Justeru katanya, beliau yakin dengan pengenalan produk yang telah dipertingkatkan itu akan dapat meningkatkan lagi jualan dan pasaran di negara ini.

“Umpamanya, kita sasarkan peningkatan jualan lebih 25 peratus bagi produk makanan tambahan EDG3 Plus. Walaupun produk ini dikeluarkan pada 2022 tetapi kini ia telah ditambah baik dengan nutrien tambahan.

“EDG3 Plus ialah makanan tambahan yang direka untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan, kaya dengan vitamin dan mineral penting, menyokong tahap tenaga, meningkatkan fungsi imun menerusi Tumacin, Vitamin D dan asid amino Glutathione,” katanya pads majlis pengenalan produk terbabit baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Kuna berkata, QNET juga cuba meningkatkan jualan produk lain seperti Kenta iatu makanan tambahan kesihatan berasaskan diet tradisional Jepun Okinawa.

Selain itu katanya, beberapa produk gaya hidup seperti Home Pure Nova dan Home Pure Zayn juga yakin akan mendapat tempat dalam kalangan pengguna di negara ini.

“Ini kerana ramai kalangan pengguna ketika ini sedar bahawa adalah penting untuk menjaga kesihatan menerusi penggunaan air yang terawat serta udara yang lebih segar.

“Sebagai contoh, di ibu kota, pencemaran udara sering berlaku terutamanya di kawasan yang berdekatan dengan tapak pelupusan sampah. Oleh itu pengguna Home Pure Zayn dapat mengembalikan udara segar dalam kediaman anda.

“Home Pure Nova pula akan memastikan setiap titis air yang anda minum selamat daripada sebarang pencemaran, bakteria, mikroplastik dan beberapa bahan berbahaya lain,”ujarnya.

QNET berpangkalan di Hong Kong adalah antara syarikat jualan langsung berasaskan e-dagang terkemuka di Asia, menawarkan rangkaian luas produk kesihatan, kesejahteraan dan gaya hidup yang membantu memperkasakan usahawan di lebih 100 negara di seluruh dunia.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI