fbpx

PRK Sungai Bakap: Tolak tohmahan nakal kempen PN diintip, dikongkong – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (gambar) pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama Perpaduan di Sungai Bakap, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menepis tohmahan nakal pihak pembangkang yang mendakwa kempen Pilihan Raya Kecil Negeri (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap seolah-olah dikongkong dan diintip pasukan penguat kuasa.

Saifuddin berkata, beliau menolak sama sekali dakwaan yang dilemparkan parti lawan memandangkan fakta yang dibentangkannya menunjukkan keadaan yang sangat tenteram dan aman, ketika ini.

Menurutnya, semua kelulusan berhubung penganjuran kempen PRK Sungai Bakap diberikan mengikut lunas undang-undang dan ia langsung tidak menggambarkan keadaan penglibatan jumlah pasukan polis yang ramai.

“Jadi tujuannya apa? Tujuannya nak tunjukkan seolah-olah tak wujud keadilan dari segi kempen yang sedang berjalan.

“Jadi, saya tepis semua itu dan menasihati mereka supaya berikan fokus kepada kempen seperti mana yang kami (Pakatan Harapan) buat dan faham bahawa polis adalah pasukan penguatkuasa keselamatan yang terbesar di negara kita.

“SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) juga menubuhkan jawatankuasa pemantau yang diwakili dari semua agensi termasuk wakil-wakil parti yang bertanding, mereka ini akan mengambil tindakan kalau ada pelanggaran,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama Perpaduan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri (KDN) memberitahu, semua pihak seharusnya memberi kepercayaan kepada pasukan keselamatan untuk mengawal keadaan sepanjang kempen pilihan raya menjelang tempoh 48 jam yang terakhir. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI