fbpx

PRK Sungai Bakap: Fahmi kutuk insiden ‘gangguan seksual’ terhadap pengamal media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi.

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengutuk sekeras-kerasnya insiden gangguan seksual terhadap seorang wartawan wanita yang membuat liputan satu majlis perjumpaan pemimpin di Sungai Kechil, Nibong Tebal di Pulau Pinang, semalam.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu menegaskan, pihak yang melakukan kesalahan perlu segera dibawa ke muka pengadilan.

“Saya telah menerima maklumat lanjut berhubung kejadian itu daripada wartawan berkenaan dan menggesa agar kes ini disiasat secara terperinci oleh pihak berkuasa.

“Insiden seperti ini tidak sepatutnya berlaku sama sekali, apatah lagi ketika pengamal media menjalankan tugas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan polis Pulau Pinang menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wartawan wanita, ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, penahanan itu dibuat selepas suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI