fbpx

PRK Nenggiri: ‘Senarai pendek calon UMNO sudah sampai pada saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) pada sidang akhbar selepas Majlis Hari Anugerah Pendidik Mara 2024, hari ini.

KUALA LUMPUR – Senarai pendek calon UMNO bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan telah pun diterima parti tersebut.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, senarai pendek itu didapati menerusi rundingan beliau bersama Ketua UMNO Bahagian Gua Musang.

Bagaimanapun katanya, terdapat prosedur dan tradisi dimana nama-nama tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Bahagian.

“Kemudian, akan diadakan pengundian dalaman dalam kalangan jawatankuasa bahagian untuk memilih calon yang mempunyai kriteria WALI (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Hari Anugerah Pendidik Mara 2024, di sini, hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, calon-calon yang diterima merupakan anak tempatan dan rundingan selanjutnya akan dibuat sebelum tibanya hari penamaan calon.

Pada 19 Jun lepas, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong bermula dari tarikh berkenaan setelah menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan mengenai keahlian Mohd. Azizi yang hilang daripada Bersatu pada 13 Jun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala hari pengundian pada 17 Ogos.

Pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15), Mohd. Azizi yang bertanding menggunakan logo Pas menewaskan Ab Aziz Yusof dengan majoriti 810 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI