fbpx

Pogacar mula tawan aksi TdF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGACAR meraih kemenangan pada Peringkat 4 TdF dari Pinerolo ke Valloire selepas menawan perlumbaan berbukit sejauh 139.6 kilometer (km). - AFP

VALLOIRE, PERANCIS – Bintang Slovenia, Tadej Pogacar mula mempamerkan ‘belang’ di Tour de France (TdF) 2024 selepas mencipta kemenangan Peringkat 4 dari Pinerolo ke Valloire semalam.

Pada saingan tersebut, Pogacar menampilkan kayuhan bertenaga selepas menawan perlumbaan berbukit sejauh 139.6 kilometer (km) untuk menyarung jersi kuning selepas menewaskan juara bertahan, Jonas Vingegaard di puncak gunung Col du Galibier.

“Saya bekerja keras hari ini dan ini adalah rancangan kami untuk menawan perlumbaan Peringkat 4. Kami melaksanakannya dengan sangat baik.

“Saya tidak mahu mengorak langkah terlalu awal kerana angin. Jadi, saya terpaksa membuat sedikit perubahan untuk melakukan henjutan pada beberapa ratus meter terakhir.

“Tetapi, perlumbaan sedikit berbahaya terutama sewaktu menuruni bukit, tetapi saya terkejut melihat jalan basah di beberapa selekoh pertama, jadi ia agak menakutkan

“Saya gembira kerana berjaya meraih kemenangan pertama di TdF musim ini,” katanya.

Menerusi bonus masa tambahan, Pogacar kini mendahului perlumbaan secara keseluruhan di depan pelumba Soudal Quick-Step, Remco Evenepoel dengan kelebihan 45 saat (s). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI