fbpx

Pergi naik kereta, balik jalan kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD FIDAUS pada sidang akhbar selepas operasi khas di Puspakom Rembia, Alor Gajah, Melaka. Foto AMRAN MULUP

ALOR GAJAH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menyita 89 kenderaan termasuk 68 motosikal dan kereta yang dipandu warga asing tanpa lesen dan cukai jalan tamat tempoh dalam operasi khas Hari Raya Aidiladha (HRAA).

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, mengikut pecahan, sebanyak 45 buah motosikal dan 21 kereta, selain dua lagi kenderaan membawa barangan disita selepas dikesan dipandu warga asing.

“Kita kecewa kerana kebanyakan tindakan diambil ke atas pemandu warga asing ini adalah kesalahan berulang dan kenderaan ini disewa oleh penduduk tempatan sendiri.

“Mengikut statistik 25 pemandu adalah warga Pakistan, Bangladesh (22), Rohingya (12), Indonesia (10), India (5) dan Myanmar (4),” katanya kepada pemberita selepas operasi khas di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di Rembia di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, sepanjang 20 hari operasi itu berlangsung, sebanyak sebanyak 3,700 notis saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI