fbpx

Penunggang motosikal maut tertusuk galah sabit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa maut tertusuk galah sawit di Parit Sulaiman, Bagan Serai petang semalam. - Foto MEDIA SOSIAL

BAGAN SERAI – Seorang penunggang motosikal maut setelah pisau sawit yang dibawanya tertusuk di bahagian belakang badan di Parit Sulaiman di sini pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 6.58 petang.

“Siasatan awal mendapati, mangsa yang berusia 44 tahun itu menunggang motosikal dengan membawa wandi untuk mengangkut buah sawit.

“Kenderaan mangsa telah hilang kawalan sehingga menyebabkan galah sawit yang dibawanya terpelanting dan tertusuk di bahagian belakang badannya,” katanya di sini hari ini.

Menurut Juna, mangsa telah dijumpai di tepi parit terusan dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri oleh dua orang awam yang melalui jalan di Parit Sulaiman tersebut.

“Pegawai perubatan telah datang ke lokasi dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI