fbpx

Penganggur didakwa edar 100kg kanabis di inap desa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkifli dituduh mengedar kanabis di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi berdepan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat lebih 100 kilogram (kg), hujung bulan lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Dzulkifli Che Othman, 47, dengan dia mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di depan Majistret, Siti Norhidayah Mohd. Noor.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis kanabis atau ganja seberat 100.2 kg di sebuah inap desa di Taman Aman, di sini kira-kira pukul 4.30 petang, 25 Jun lalu.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farhanah Fuad Mohamad Faiz mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 1 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menanti laporan kimia dengan tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadapnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI