fbpx

Pemandu maut kereta terbabas dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan dipandu mangsa ketika terbabas di dalam sebuah parit di di Jalan P4/2, Bandar Teknologi Kajang, Semenyih, hari ini.

SEMENYIH- Seorang lelaki disahkan maut apabila kenderaan dipandunya terbabas ke dalam sebuah parit dalam kejadian di Jalan P4/2, Bandar Teknologi Kajang, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu sekitar pukul 10.51 pagi.

Jelasnya, seramai tujuh anggota dan pegawai serta dua buah jentera keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda Stream yang terbabas dan masuk ke dalam sebuah parit.

“Terdapat seorang mangsa lelaki tempatan berusia 44, pemeriksaan oleh petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI