fbpx

Peluang matangkan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU Malaya bakal berdepan dua pasukan yang berada di ranking lebih tinggi pada saingan Pestabola Merdeka yang berlangsung September ini.

KEHADIRAN dua pasukan yang berada di ranking lebih baik di Pestabola Merdeka, September ini dilihat mampu mematangkan Harimau Malaya yang bakal berdepan tugas penting di pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Berdasarkan kemaskini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), 20 Jun lalu, Tajikistan adalah pasukan terbaik pada penganjuran kali ini apabila berada di tangga ke 102 dunia diikuti Lebanon (117) dan Filipina (147).

“Kalau kita lihat ketiga-tiga pasukan yang dijemput FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) untuk Pestabola Merdeka kali ini, semuanya memiliki kekuatan setara walaupun berbeza dari segi kedudukan ranking.

“Peluang ini juga dapat memberi kebaikan kepada pasukan kebangsaan untuk memiliki perlawanan berintensiti tinggi, selain mampu melonjak ranking Malaysia di kedudukan lebih baik jika menang dalam kedua-dua perlawanan.

“Antara empat pasukan bertanding, Tajikistan berada di ranking teratas jadi, jika boleh saya nak Malaysia bertemu pasukan itu final,” kata bekas pemain kebangsaan, Kaironnisam Sahabudin Hussain.

Andai mampu mengesahkan aksi dengan Tajikistan di final, ia menjadi pentas terbaik untuk pengendali negara, Kim Pan-gon melunaskan misi balas dendam apabila lawan itu atasi Harimau Malaya di final edisi tahun lalu.

Undian pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 dijadualkan dibuat Disember ini dan FAM sebelum ini juga sudah pun beri komitmen akan bekerjasama rapat dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk memastikan ruang buat Harimau Malaya lakukan persiapan lebih rapi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI