fbpx

Noh sah sertai Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh menunjukkan surat keahlian Bersatu.

KUALA SELANGOR – Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar mengesahkan penyertaan beliau sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.

Menurut bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu, permohonan berkenaan dibuat menerusi dalam talian tanpa diketahui sesiapa, semalam.

Jelas Noh, keputusan itu dibuat berikutan kecewa dengan nasib menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak berjaya mencabar Titah Adendum di mahkamah.

“Saya amat sedih dengan nasib ‘Bosku’ dan semalam pihak beliau gagal mencabar titah supaya menjalani baki hukuman penjara di rumah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, kata Noh, beliau sebelum ini beberapa kali menemui Najib di mahkamah yang berpesan supaya bersabar dan tidak memasuki mana-mana parti politik.

“Saya hormati pandangan beliau sebagai pemimpin berhati besar. Apabila dihadapkan ke makamah, beliau tidak pergunakan UMNO dan sanggup letak jawatan sebagai Presiden parti bagi menghadapi kes beliau secara peribadi.

“Namun, keputusan (mahkamah) ini sudah diramal berlaku dan nasib menimpa beliau amat mengecewakan saya. Justeru, saya putuskan untuk sertai Bersatu.

“Saya lihat UMNO kini macam hidup mati segan tak mahu dan terlalu jauh lari daripada perjuangan asal. Jiwa saya masih UMNO, bukan UMDAP. Saya pilih Bersatu untuk terus berjuang dalam politik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI