fbpx

Nasib skuad ragbi Bunga Raya 15’s di tangan Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAJLIS Undian Kejohanan Ragbi 7 Sebelah (7s) dan Piala Agong 2024, di Wisma MOM, hari ini.

KUALA LUMPUR – Skuad ragbi Bunga Raya 15 sebelah (15’s) negara berpeluang untuk kekal berada di Kejohanan Ragbi Asia (ARC) Divisyen Premier musim depan sekiranya juara Divisyen 1, Sri Lanka menolak untuk menentang Malaysia dalam satu perlawanan cabaran, pada awal Januari depan.

Ketika ini, nasib skuad ragbi negara dalam keadaan bahaya diturunkan ke Divisyen 1 selepas menamatkan kempen ARC 2024 di tangga tercorot sejurus tewas kepada Korea Selatan ( 5-55 ), Hong Kong (6-70 ) dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) (19-62).

Oleh itu, Sri Lanka berpeluang untuk mengambil alih tempat Malaysia di pentas Divisyen Premier tetapi dengan syarat pasukan itu perlu memberi kata akhir kepada Ragbi Asia selewat-lewatnya pada 31 Julai ini nanti untuk menyatakan persetujuan.

Setiausaha Agung Kehormat, Mohamad Fahmy Jalil berkata, pihaknya kini menunggu jawapan daripada Sri Lanka dan selepas itu skuad ragbi negara akan melakukan persiapan rapi untuk menentang pasukan ranking No. 41 dunia tersebut.

Tegas Fahmy, Malaysia yang kini berada di tangga No. 56 dunia ingin kekal dalam saingan tersebut memandangkan juara Divisyen Premier 2025 nanti dijangka ditawarkan slot automatik ke Piala Dunia Ragbi 2027 di Australia.

UNDIAN Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan (7’s).

“Saya telah menyertai satu mesyuarat bersama Ragbi Asia pada Ahad lepas. Antara keputusan yang dibuat, Ragbi Asia telah memberi tempoh sehingga 31 Julai kepada Sri Lanka untuk memberi maklum balas kepada mereka sama ada ingin menentang Malaysia pada perlawanan ‘Challenge Games’.

“Andai kata Sri Lanka ingin menentang Malaysia, perlawanan itu akan diadakan pada Januari 2025. Jika Sri Lanka menolak, Malaysia akan kekal berada di ARC pada 2025.

“Tetapi perlu ingat, juara ARC Divisyen Premier 2025 akan ditawarkan slot ke Piala Dunia Ragbi 2027 di Australia. Manakala, naib juara Premier akan menentang pasukan dari Benua Afrika,” katanya pada Majlis Undian Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan (7’s) dan Piala Agung di Wisma MOM, hari ini.

Dalam pada itu, pada majlis undian Kejohanan Ragbi 7’s, juara musim lalu, Terengganu yang menjadi tuan rumah saingan kali ini diundi dalam Kumpulan D bersama ATM dan Perak sekali gus dijangka tidak berdepan masalah untuk melepasi peringkat kumpulan yang berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus bermula 12 Julai depan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI