fbpx

MOT komited tingkat kecekapan MRT dan LRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika mempengerusikan Mesyuarat National Shipping Port Council (NSPC) Bil.1/2024 di Hotel Le Meridien, Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) komited untuk meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan rel negara termasuk Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT).

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya mengambil serius teguran oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 itu malah, telah menetapkan indeks prestasi utama (KPI) kepada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

“Itu adalah kelemahan yang sedang kita tangani terutama dari segi kekerapan dan jumlah penumpang. Semua isu itu sudah saya nyatakan dari semasa ke semasa dan bukan disebabkan teguran oleh LKAN,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Perkapalan dan Pelabuhan Kebangsaan hari ini.

Terdahulu, LKAN Siri 2/2024 mendedahkan prestasi bilangan penumpang harian dan bilangan tren beroperasi serta kekerapan perkhidmatan tren waktu puncak masih tidak mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Skim Kereta Api Transit Aliran Massa (MRT) 1 dan 2.

Menurut LKAN lagi, Akaun Muktamad MRT1 masih belum ditutup walaupun projek telah siap serta beroperasi sepenuhnya sejak tahun 2017. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI