fbpx

Midea tawar hadiah pakej pelancongan ke UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mark Tam (kiri) pada majlis pelancaran kempen Buy Win Fly 2.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Midea China melalui anak syarikatnya, Midea Scott & English Electronics Sdn. Bhd. (Midea Malaysia) telah be­kerjasama dengan Manchester City melancarkan Kempen Buy Win Fly 2.0.
Ia adalah sebahagian daripada kempen berterusan syarikat untuk meluaskan jangkauan global dan mengukuhkan kedudukan jenamanya dalam pasaran.

Kempen tersebut sedang berlangsung sehingga 31 Ogos ini.

Menurut Pengurus Besar Midea Malaysia, Mark Tam, me­lalui kempen Buy Win Fly 2.0, pelanggan yang membeli bara­ngan berjenama Midea akan berpeluang memenangi tiga hadiah utama yang sangat berbaloi dan menarik.

“Hadiah utama yang ditawarkan adalah pakej lawatan bertaraf dunia ke United Kingdom (UK) untuk dua orang yang me­rangkumi penginapan lima hari, empat malam, lengkap dengan akses kenamaan ke Stadium Etihad dan juga rumah Kelab Bola Sepak Manchester City,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen Midea terbaharu di sini semalam.

Tam menerangkan, pemenang naib juara pula akan membawa pulang peti sejuk Quattro Penyongsang empat pintu Midea, manakala pemenang tempat ketiga bakal membawa pulang pencuci lantai berfungsi tiga dalam satu untuk kategori basah dan kering.

“Buat pengguna yang ingin mendapatkan hadiah menarik yang ditawarkan, mereka boleh mengisi borang penyertaan melalui lawan sesawang kami,” jelaanya.

Tambah beliau, kerjasama syarikat dengan Manchester City adalah sebuah kejayaan yang besar, sekali gus me­ningkatkan pendedahan global syarikat dan dalam masa yang sama dapat mengukuhkan perjalanan Midea dalam menawarkan penyelesaian rumah yang inovatif.

“Kami sangat teruja untuk meneruskan perjalanan ini kerana Kempen Buy Win Fly 2.0 bukan sahaja memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami, tetapi turut mempamerkan rangkaian luas peralatan rumah yang ditawarkan Midea terutamanya produk Internet Pelbagai Benda,” jelas beliau.

Sementara itu, Midea turut memperkenalkan rangkaian peralatan rumah pintar terbaharunya bersempena dengan kempen berkenaan.

Ini termasuk peralatan yang telah dinaik taraf dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) moden.
Katanya, inovasi berkenaan membolehkan pengguna mengawal persekitaran rumah mereka dengan mudah menggunakan aplikasi Midea SmartHome. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI