fbpx

Menteri Perumahan China lawat SkyAwani 3 Residensi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ni Hong (empat dari kiri) bersama delegasi ketika dibawa melawat ke SkyBridge.

PETALING JAYA – SkyWorld Development Bhd baru-baru ini menjadi tuan rumah sempena lawatan Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar-Luar Bandar (MOHURD) Republik Rakyat China (PRC), Ni Hong dan delegasinya ke SkyAwani 3 Residensi semalam.

Dalam lawatan delegasi tersebut turut dihadiri oleh wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

SkyWorld menerusi satu kenyataan berkata, lawatan itu memberi peluang kepada delegasi China untuk melihat reka bentuk inovatif dan pembinaan berkualiti tinggi yang menjadikan SkyAwani 3 Residensi meraih anugerah emas dunia di FIABCI World Prix d’Excellence Awards 2024.

“Lawatan turut diadakan ke SkyBridge yang diiktiraf sebagai ‘SkyBridge Kediaman Tertinggi di Malaysia’ serta memperlihatkan unit kediaman sebenar dengan disediakan pelbagai kemudahan pembangunan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, pihaknya berbesar hati dapat mempamerkan SkyAwani 3 Residensi kepada MOHURD PRC dalam memperkenalkan pembangunan berkualiti tinggi dan mampan yang dijadikan sebagai penanda aras industri baharu.

“SkyAwani 3 Residensi terletak di kawasan dinamik SkySanctuary, Setapak, Kuala Lumpur, telah mencapai skor QLASSIC yang mengagumkan sebanyak 79 peratus tertinggi dalam kategori rumah mampu milik pada tahun 2022.

“Ia mempunyai 1,905 unit pangsapuri tiga bilik tidur, dua bilik mandi dengan keluasan binaan 800 kaki persegi, berharga RM300,000.

“Pembangunan ini menawarkan 22 kemudahan aktif dan rekreasi, termasuk kolam renang dengan jakuzi jet gelembung, bilik permainan, gelanggang bola keranjang dan gim yang memenuhi keperluan pelbagai generasi.

“Pembangunan itu juga telah memenangi anugerah lain seperti Anugerah Kecemerlangan Perumahan Bandar Mampu Milik The Edge Malaysia 2023, Anugerah Rumah Permulaan Terbaik oleh StarProperty Awards 2018, dan Anugerah Reka Bentuk Inovatif di Anugerah Pembangunan Lestari Cemerlang Malaysia 2023, anjuran Anugerah Perancangan Bandar Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI