fbpx

McDonald’s Australia pendekkan waktu sarapan pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR dirakam semalam menunjukkan papan tanda McDonald’s di Sydney. – AFP

SYDNEY – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia mengehadkan perkhidmatan hidangan sarapan pagi ketika wabak selesema burung menjejaskan bekalan telur negara berkenaan.

“Kami menguruskan bekalan telur secara berhati-hati berikutan cabaran industri,” kata McDonald’s Australia dalam satu kenyataan kepada pelanggan minggu ini.

Tambahnya, pesanan sarapan akan dihentikan pada pukul 10.30 pagi(waktu tempatan) berbanding 12 tengah hari seperti kelaziman.

Sementara itu, pihak berkuasa Australia berkata, virus selesema burung H7 dikesan pada hampir 12 ladang ternakan ayam di negeri Victoria, New South Wales dan Wilayah Ibu Negara  Australia.

Menurut kerajaan, ayam di semua ladang ternakan yang dijangkiti telah dihapuskan.

Saintis-saintis berkata, virus H7 mempunyai kaitan dengan unggas liar yang hidup di Australia dan bukan kuman H5N1 yang tersebar meluas di serata dunia. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI