fbpx

Malaysia antara terawal wujudkan Suruhanjaya GIG – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Malaysia merupakan antara negara terawal yang bakal menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi (GIG) bagi membela nasib 1.16 juta pekerja industri itu yang tidak memiliki perlindungan sosial.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Kongres Ekonomi Bumiputera yang lalu bagi melihat ia diwujudkan.

Katanya, walaupun Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menambah luas perlindungan sosial, namun hanya 250,000 pekerja p-hailing dan e-hailing memiliki perlindungan di bawah Pertubuhan Kesalamatan Sosial (Perkeso).

“Untuk itu, keputusan yang kami lakukan adalah satu akta baharu akan dibentangkan oleh Kesuma bagi mencakupi soal pekerja GIG.

“Tarikh sasaran untuk bacaan kali pertama akta baharu ini adalah pada sidang Parlimen bulan Oktober hingga Disember. Suruhanjaya ini akan ditubuhkan secara formal dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Suruhanjaya GIG ini bukan hanya meliputi pekerja-pekerja e-hailing dan p-haling, tetapi meliputi kerja-kerja separa masa dan kerja-kerja separa profesional,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa High Level Committee (HLC) Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia, di sini, hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, suruhanjaya itu termasuklah Akta 789 iaitu Akta Bekerja Sendiri dan akan dilakukan dalam tempoh dua bulan atau 60 hari daripada sekarang.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Kesuma akan membentangkan kertas Kabinet memorandum Jemaah Menteri dua minggu dari sekarang bagi pengwujudan akta dan beberapa aspek ekonomi GIG secara holistik.

Katanya, ini adalah satu ‘game changer’ yang dilakukan oleh kerajaan kerana terdapat beberapa negara sahaja di dunia telah melaksanakan soal akta atau Suruhanjaya GIG ini.

“Antaranya Amerika Syarikat di California dan India serta beberapa negara jiran sedang melakukannya.

“Bagaimanapun, pihak Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) hanya akan mengadakan persidangan mengenai perkara itu pada tahun hadapan.

“Tetapi malaysia melalui Kesuma, menteri dan Ketua Setiausaha Negara mengambil beberapa langkah proaktif untuk melakukannya lebih awal. Ini juga bersama-sama keterlibatan 19 kementerian, jabatan dan agensi bagi mendukung saranan Persana Menteri untuk melakukannya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI