fbpx

Majlis Profesor Negara, i2M Ventures tidak capai objektif penubuhan syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 yang dibentangkan pada Dewan Rakyat hari ini mendedahkan dua syarikat Kerajaan Persekutuan tidak mencapai objektif penubuhan syarikat.

Perkara itu didedahkan setelah mendapat perkenan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Menurut laporan berkenaan ia melibatkan Majlis Profesor Negara (MPN) dan i2M Ventures Sdn Bhd (i2M Ventures).

Amalan tadbir urus korporat MPN dilapor tidak memuaskan berbanding i2M Ventures MPN pada tahap mememuaskan.

Dalam kedudukan kewangan pula, MPN tidak dinyatakan namun bagi i2M adalah tidak stabil.

Dalam pada itu, empat syarikat Kerajaan Persekutuan turut dilapor belum mencapai objektif sepenuhnya penubuhan syarikat.

Ia melibatkan Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd (Rangkaian Hotel Seri Malaysia), MARA Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp).

Bagi amalan tadbir urus korprat kurang memuaskan melibatkan MARA In serta Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

Manakala, Hotel Seri Malaysia dan UIAM, mendapati kedua-duanya mengamalkan tadbir urus korporat memuaskan.

Untuk kedudukan kewangan pula, Rangkaian Hotel Seri Malaysia dan HRD Corp dalam keadaan stabil, manakala MARA Inc serta UIAM pada situasi kurang stabil.

Menurut laporan itu juga, Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) kini mencapai objektif penubuhan syarikat dengan amalan tadbir urus memuaskan namun kedudukan kewangan berada pada tahap kurang stabil.

Bagi Institute of Strategic and International Studies pula dilaporkan mencapai objektif penubuhan syarikat dengan amalan tadbir urus korporat yang baik serta kedudukan stabil.

Laporan berkenaan memaklumkan, bagi pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan, terdapat keperluan penambahbaikan berterusan oleh syarikat kerajaan bagi memastikan pelaksanaan aktiviti selaras dengan objektif penubuhan syarikat.

Jelasnya, kelestarian perniagaan syarikat kerajaan hendaklah dilengkapi dengan amalan tadbir urus yang baik bagi mewujudkan keyakinan pihak awam.

“Ketua Audit Negara telah mengemukakan sebanyak 64 syor audit untuk dilaksanakan oleh kementerian, jabatan, agensi serta syarikat kerajaan yang diaudit di peringkat Persekutuan.

“Semua pegawai pengawal, ketua jabatan, ketua pegawai eksekutif yang berkenaan telah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai perkara yang dilaporkan dalam LKAN untuk tujuan pengesahan.

“Mesyuarat penutup juga telah diadakan bagi membincangkan penemuan audit dan mendapatkan penjelasan serta maklum balas terhadap isu-isu berbangkit,” ujarnya.

Tambah laporan itu, pengauditan yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara secara dasarnya telah memberi impak positif melalui tindakan pembetulan dan penambahbaikan yang dilaksanakan oleh
kerajaan sebaik sahaja teguran Audit diterima.

“Susulan audit terhadap LKAN 2020, 2021 dan 2022 melalui Portal Papan Pemuka Ketua Audit Negara (AG’s Dashboard– AGD), didapati kerajaan telah mendapat bayaran balik, antaranya tuntutan penalti, sewa tertunggak dan kutipan Liquidated Ascertained Damages (LAD) yang dianggar berjumlah RM100 juta sehingga suku kedua 202,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI