fbpx

Mahasiswa cipta peta lokasi hantu di universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETA lokasi hantu di Universiti IPB, Bogor. - Foto X/@IPBbercanda

JAKARTA  –  Peta yang menunjukan kawasan berhantu di Universiti IPB, Bogor, Indonesia menjadi tular di media sosial, lapor portal berita Tribunnews Bogor semalam.

Ia menjadi tular selepas dimuat naik di platform X menerusi akaun @IPBbercanda pada Sabtu lalu.

Terdapat 13 tempat berhantu di universiti itu yang ditanda dengan warna merah dalam peta tersebut.

Ia juga menerangkan tentang lokasi puntianak, bola api, kuda jadi-jadian dan kepala terbang.

Ketua Komunikasi Universiti IPB, Yatri Indah Kusumastu kemudian memberikan komen bersahaja tentang kewujudan peta tersebut.

“Itu bukan isu serius,” ujarnya.

Yatri menyatakan kisah itu hanya satu bentuk hiburan ketika para pelajar sedang mengikuti pembelajaran di universiti tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI