fbpx

Lelaki warga emas maut motosikal terperosok bawah bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat mangsa selepas dikeluarkan anggota bomba dari bawah bas.

BINTULU – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya terperosok di bawah bas di Batu 12, Jalan Bintulu-Samalaju pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 7.07 pagi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dan BBP Kidurong ke lokasi.

“Setiba di lokasi mendapati mangsa masih tersepit di bawah bas. Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mayat mangsa berusia 63 tahun itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI