fbpx

Lelaki bunuh ibu bapa ke tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH, Tan Kian Ngip ketika dibawa ke Kompleks Mahkamah Seremban di Seremban 2 hari ini.

SEREMBAN – Mahkamah Tinggi Seremban hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang broker saham selepas di didapati bersalah membunuh ibu bapanya sendiri dalam kejadian di Taman Desa Melati, Nilai di sini pada tahun 2019.

Hakim, Datuk Rohani Ismail membuat keputusan tersebut terhadap tertuduh, Tan Kian Ngip, 45 selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Rohani dalam penghakimannya berkata, secara keseluruhannya, pembelaan tertuduh bersifat penafian semata-mata dan direka untuk dilepaskan daripada pertuduhan.

“Betul kamu tidak mahu buat apa-apa rayuan? Tidak rasa nak merayu walaupun hukuman ada pilihan gantung sampai mati ataupun penjara seumur hidup?

“Jadi memandangkan tertuduh tidak ingin mengemukakan apa-apa rayuan atas pertuduhan, saya dengan ini memutuskan bahawa tertuduh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Barang kes fizikal diserahkan kepada pihak pendakwaan sehingga proses rayuan diselesaikan,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ala’uddin Baharom menyatakan kepada mahkamah, tindakan kejam Kian Ngip menyebabkan ibu dan bapanya mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian organ penting.

Katanya, terdapat 31 kecederaan luaran dan pelbagai kecederaan dalaman terhadap kedua-dua si mati dengan masing-masing mengalami 13 kecederaan dengan tujuh tikaman dan 18 kecederaan termasuk 11 kesan tikaman, yang menembusi bahagian organ jantung, buah pinggang, hati, usus kecil, usus besar dan paru-paru.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI