fbpx

Sorok 25,000 liter diesel di tapak projek hakisan pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah tangki mengandungi 25,000 liter minyak diesel yang dirampas dalam serbuan KPDN di tapak projek kawalan hakisan pantai di Kampung Mengabang Kapal, Kuala Nerus semalam.

KUALA NERUS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 25,000 liter diesel yang dipercayai disorok di sebuah tapak projek kawalan hakisan pantai di Kampung Mengabang Kapal di sini semalam.

Serbuan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pukul 2.30 petang itu dilakukan hasil risikan penguat kuasa selama kira-kira seminggu.

Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, pemeriksaan mendapati syarikat kontraktor terlibat gagal mengemukakan permit Pengawal Bekalan untuk menyimpan minyak diesel.

“Sebanyak 25,000 liter diesel yang bernilai RM111, 750 didapati tersimpan di dalam dua tangki.

“Sehubungan itu, seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun disyaki penyelia tapak projek berkenaan ditahan bagi membantu siasatan,” katanya hari ini.

Saharuddin memberitahu, kes penyelewengan diesel itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI