fbpx

Kes khalwat, Ruhainies sedih kecewakan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUHAINIES mengakui sedih apabila mengecewakan banyak peminat dengan kes khalwat bersama Aliff.

PETALING JAYA : Kes khalwat mencetuskan impak negatif, pelakon Ruhainies mengakui berasa sedih kerana sudah mengecewakan peminat yang selama ini teguh menyokong kariernya.

Pun begitu, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, menegaskan dia masih belum terbukti bersalah memandangkan kes tersebut masih dalam perbicaraan di mahkamah.

“Bila berlaku benda ini (kes khalwat), saya rasa macam sedih sebab saya kecewakan peminat yang masih sayangkan saya.

“Tapi sekarang ini, kes baru naik mahkamah, belum dibuktikan bersalah lagi.

“Jadi, saya harap semua boleh tunggu dan kita tengok macam mana (keputusan) nanti,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ruhainies memaklumkan perkara itu selepas prosiding baca pertuduhan kes khalwat membabitkan dirinya dan pelakon, Aliff Aziz di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.

Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz atas pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Mahkamah seterusnya menetapkan prosiding berikutnya akan disambung pada 17 Oktober depan.

Terdahulu pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Kehadiran mereka berdua dipercayai atas tujuan lanjutan bon jamin berkenaan kes tangkap khalwat pada Mac lalu.

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhanies kembali menjadi bualan hangat selepas dia dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Rentetan itu, bekas isteri, Aliff iaitu Bella Astillah memfailkan cerai sebelum mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada 13 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI