fbpx

Kejar trip, tiada masa tukar tayar bas ‘botak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang pemandu bas yang diperiksa pada operasi berkenaan.

SHAH ALAM – Tiada masa untuk menukar tayar ‘botak’ kerana mahu mengejar trip perjalanan antara alasan digunakan pemandu bas ekpress dan persiaran yang ditahan dalam operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor.

Dalam operasi Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Pelancongan dan Perkhidmatan Awam di seluruh negeri itu turut mendapati kesalahan ketara dikesan melibatkan pemanduan di luar waktu dibenarkan.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi bersepadu itu antaranya melibatkan lokasi di Terminal Seksyen 17, Terminal Jalan Reko, Bangi dan Kilometer 7 Jalan Batang Kali-Genting.

Beliau menjelaskan, pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap 278 bas sepanjang dua hari operasi bersepadu itu bermula kelmarin.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 102 saman dikeluarkan terutama melibatkan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan dan Notis Arah Periksa Kenderaan.

“Kita berjaya mengesan bas dipandu di luar waktu dibenarkan dan penggunaan tayar ‘haus’ yang jelas membahayakan penumpang serta pengguna jalan raya lain,” katanya ketika dihubungi hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI