fbpx

JL 99 tawar cabutan bertuah RM3 juta kepada pembeli 99 Legend

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Eksekutif Kumpulan JL99, Datuk Seri Jeff Lee (dua dari kiri) pada majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada pembeli rumah 99 Residence di Batu Caves, Kuala Lumpur baru-baru ini

KUALA LUMPUR – Syarikat pemaju JL99 optimis terhadap sambutan baik yang bakal dite­rima untuk projek terbaharunya 99 Legend, kediaman bertingkat yang terletak di lokasi strategik di Pusat Bandar Utara Selayang, Batu Caves di sini, ekoran inisia­tifnya menawarkan cabutan bertuah kepada para pembeli unit rumah di situ.

Projek yang dijangka siap menjelang 2028 itu terdiri daripada bangunan setinggi 57 tingkat dengan 1,214 unit rumah dan kemudahan dua hingga tiga lot parkir untuk setiap pemilik.

Kebanyakan pembeli projek rumah yang ditawarkan antara RM478,000 hingga lebih daripada RM700,000 itu terdiri daripada mereka yang pertama kali membeli rumah.

Pengurus Besar (Pembangunan Perniagaan) Kumpulan JL99, Nur Ainaa Che Abdullah berkata, ini adalah salah satu tarikan menarik dan keistimewaan projek hartanah syarikat tersebut yang berbeza daripada pemaju lain kerana mahu memberi ganjaran kepada pelanggan dan sekali gus membantu mengurangkan beban kos sara hidup yang meningkat masa kini.

“Untuk projek terbaharu ini, kami memperuntukkan nilai ha­diah cabutan bertuah sebanyak RM3 juta kepada semua pembeli kediaman ini.

“Lebih menarik daripada nilai tersebut, kami akan menawarkan dua hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM1 juta kepada pembeli bertuah.

“Terdapat tiga sesi cabutan bertuah dan cara pengundiannya akan dilakukan dengan telus dan adil agar tiada sebarang peni­puan berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pe­nyampaian hadiah kepada pemenang cabutan bertuah peringkat terakhir bagi projek kediaman 99 Residence di sini, baru-baru ini.

Bagi projek 99 Residence yang telah habis dijual, JL99 telah memperuntukkan RM3 juta untuk hadiah cabutan bertuah de­ngan tiga kali cabutan sehingga peringkat akhir. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI