fbpx

Jho Low masih diburu – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jho Low.

BANGI – Perjanjian penyelesaian antara Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low, adalah berasingan dengan usaha berterusan Malaysia untuk memburu ahli perniagaan itu.

Pengerusi Pasukan Petugas Pemulihan Aset 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, DOJ mempunyai tindakan jenayah sendiri yang dibuat terhadap Jho Low.

“Mencari Jho Low ini satu benda yang berasingan dengan DOJ, DOJ ini dia ada dia punya tindakan sendiri terhadap Jho Low, jadi apa yang mereka mahu lakukan itu adalah hak mereka.

“Tetapi apa-apa ‘recovery’ yang DOJ buat, dia akan bagi balik duit itu kepada Malaysia. Bagaimanapun, sekarang kita punya isu ialah kita punya settlement agreement (perjanjian penyelesaian) yang telah dibuat ketika dahulu oleh kerajaan sebelum ini dengan Goldman Sachs,” katanya ketika ditemui selepas Program Pemindahan Teknologi Sawit MPOB ke-30, di sini hari ini.

Johari berkata, penyelesaian perjanjian tersebut melibatkan jaminan pemulihan aset 1MDB bernilai AS$1.4 bilion seperti yang dimeterai pada Ogos 2020.

“Goldman Sachs berjanji akan membayar AS$1.4 bilion dan AS$2.5 bilion. AS$2.5 bilion dia sudah bayar, dia jamin nak bayar AS$1.4 bilion tetapi di situ ada pertikaian kerana mereka tidak mahu bayar kerana mendakwa kita sudah terima banyak duit.

“Sedangkan kita belum pulih sepenuhnya. Jadi, mereka perlu penuhi persetujuan tersebut,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan DOJ telah memeterai perjanjian sulit dengan Jho Low dalam usaha mencapai penyelesaian menyeluruh dan mungkin pengakhiran kepada usaha memperoleh semula aset serta hartanah haram dikaitkan dengan skandal rasuah 1MDB.

Perjanjian penyelesaian itu mungkin menyelesaikan secara tuntas tindakan merampas aset-aset sivil, jenayah dan pentadbiran atau prosiding berkaitan pelupusan’ aset yang dikaitkan dengan 1MDB, menurut dokumen yang dilihat CNA.

Menurut dokumen-dokumen itu serta eksekutif yang rapat dengan perkembangan berkenaan, DOJ menandatangani perjanjian sulit dengan peguam keluarga Jho Low dan pemegang amanah kewangan mereka pada awal bulan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI