fbpx

Insiden gas bocor KLIA: Gas dikesan pada sebuah tangki skid terbiar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Mukhlis menerangkan operasi dan situasi insiden gas bocor kepada Azman.

SEPANG – Insiden gas bocor di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pagi tadi disahkan berpunca daripada kebocoran pada sebuah tangki skid terbiar.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, siasatan mendapati, bahan kimia yang bocor itu dikenal pasti sebagai methyl mercapta iaitu sejenis gas yang dicampurkan dalam gas memasak.

Beliau berkata, kebocoran gas itu dikesan pada sebuah tangki skid terbiar dan ia telah tidak digunakan selama lebih sembilan tahun.

“Kebocoran itu dikesan pada salah satu injap gas tangki itu dan ia terletak di sekitar bangunan Malaysia Airlines Berhad Engineering Services (MAB Engineering) dan MAB Academy Sdn Bhd.

“Setakat ini, kebocoran gas telah dikawal dan dua bangunan itu telah selamat digunakan selepas pemeriksaan lanjut dilakukan Gas Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian, sebentar tadi.

Katanya, 39 mangsa disahkan terjejas akibat insiden itu masing-masing daripada MAB Academy dan MAB Engineering dan kebanyakannya mereka dirawat di lokasi kejadian.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai 14 anggota daripada Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengawal dan memantau insiden itu.

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada insiden itu terkait dengan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) atau tidak memandangkan tangki skid itu sudah terbiar lebih sembilan tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI