fbpx

‘Ibu negeri Selangor…Kuala Lumpur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video yang dimuat naik Kuan Yee di TikTok

PETALING JAYA – Masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang tidak cakna dengan negara ini terutama nama ibu negeri.

Menerusi satu video yang dimuat naik seorang pempengaruh @KuanYee di TikTok, beliau bertanya secara rawak kepada pengunjung di sebuah pusat beli-belah mengenai ibu negeri Selangor.

Bagaimanapun, masih ramai tidak mengetahui bahawa ibu negeri Selangor adalah Shah Alam yang juga merupakan bandar raya pertama di negeri tersebut.

“Ibu negeri Selangor?” tanya pempengaruh tersebut.

Lebih mengejutkan, ada yang menjawab ibu negeri Selangor ialah Kuala Lumpur seolah-olah mereka tidak pernah mempelajari sejarah dan maklumat berkaitan Malaysia.

“Ibu negeri Selangor? Alaa..susahnya,” kata individu pertama.

“KL (Kuala Lumpur), saya tak pastilah,” jawab seorang lagi pengunjung.

Video itu turut mendapat perhatian netizen apabila ramai yang mempersoalkan pengetahuan rakyat Malaysia terutama dalam kalangan orang muda apabila rata-rata mereka masih gagal mengetahui fakta penting berkaitan Malaysia.

“Bagus konten (kandungan) macam ini. Bagi orang nampak berapa ramai yang tahu duduk Malaysia, lahir di Malaysia, tetapi langsung tak tahu tentang Malaysia,” kata Adry.

“Muka sahaja lawa. Otak out,” perli Syukri.

Berikut adalah senarai bagi ibu negeri di Malaysia:

– Johor Bahru – Ibu negeri Johor
– Alor Setar – Ibu negeri Kedah
– Kota Bharu – Ibu negeri Kelantan
– Bandaraya Melaka – Ibu negeri Melaka
– Seremban – Ibu negeri Negeri Sembilan
– Kuantan – Ibu negeri Pahang
– Ipoh – Ibu negeri Perak
– Kangar – Ibu negeri Perlis
– George Town – Ibu negeri Pulau Pinang
– Shah Alam – Ibu negeri Selangor
– Kuala Terengganu – Ibu negeri Terengganu
– Kota Kinabalu – Ibu negeri Sabah
– Kuching – Ibu negeri Sarawak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI