fbpx

HRD Corp beri penjelasan isu kutipan levi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abu Huraira.

PETALING JAYA – Pembangunan Sumber Manusia Bhd. (HRD Corp) mengambil maklum laporan Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membabitkan isu kutipan hasil levi.

Pengerusinya, Datuk Abu Huraira Abu Yazid berkata, audit dalam kedua-dua laporan itu dilaksanakan terhadap HRD Corp bagi tempoh 2019 hingga 2023.

Menurutnya, beberapa tindakan penambahbaikan telah dilaksanakan pihaknya susulan teguran audit tersebut.

“Prestasi kutipan levi telah meningkat daripada RM475 juta pada 2020, RM848 juta (2021), dan RM1,809 juta (2022) kepada RM2,133 juta pada 2023.

“Kutipan levi yang rendah pada 2020 dan 2021 akibat pandemik COVID-19, di mana majikan yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diberikan moratorium pembayaran levi dalam tempoh tersebut.

“Namun, kutipan levi telah meningkat semula kepada kadar sepatutnya pada tahun 2022,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abu Huraira berkata, peratusan penggunaan levi juga mencatatkan peningkatan daripada 63 peratus pada 2020), 32 peratus (2021), 42 peratus (2022) kepada 71 peratus untuk 2023.

“Sekiranya levi yang telah diluluskan dan belum dibayar (bayaran hanya dibuat selepas latihan) diambil kira, maka peratusan penggunaan levi pada tahun 2023 mencecah 83 peratus.

“Keuntungan sebelum cukai meningkat daripada RM25.8 juta (2020), RM12.1 juta (2021), RM29.8 juta (2022), kepada RM97.5 juta pada 2023,” jelasnya.

Bagi menangani isu tunggakan, kata Abu Huraira, HRD Corp telah memperkuatkan Jabatan Inspektorat Pematuhan dan Penguatkuasaan serta mewujudkan pasukan petugas khas yang terdiri daripada Jabatan Levi dan Jabatan Penguatkuasaan tahun lalu.

Sehubungan itu, ujarnya, HRD corp berjaya mengutip tunggakan sebanyak RM96.27 juta pada tahun 2023 berbanding RM34.36 juta (2020), RM52.34 juta (2021) dan RM81.78 juta (2022).

Sebelum ini, PAC mendapati Program Latihan HRD Corp menggunakan RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan untuk pelbagai aktiviti pelaburan yang bukan merupakan matlamat penubuhan syarikat itu.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, matlamat penubuhan HRD Corp adalah pengenaan dan pemungutan levi pembangunan sumber manusia bagi maksud penggalakan latihan dan pembangunan pekerja, perantis dan pelatih serta penubuhan dan pentadbiran Kumpulan Wang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI