fbpx

‘Hari ini buat hal, esok-esok mesti dapat kerja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki yang bertindak memecahkan cermin sebuah kereta sebelum ditenangkan oleh rakannya.

PETALING JAYA – Seorang lelaki menerima kecaman ramai selepas bertindak memecahkan cermin sebuah kenderaan jenis Proton Wira menggunakan topi keledarnya di sebuah kawasan perumahan.

Menurut perkongsian video yang dimuat naik di media sosial, lelaki itu kemudian dilihat ditenangkan oleh rakannya supaya menghentikan perbuatan tersebut.

Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai mengecam dan menggesa supaya tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa ke atas lelaki terbabit.

“Dasar mentaliti samseng nak tunjuk kuat, kena ajar mereka ini. Menyusahkan orang,” kata seorang pengguna.

“Polis sila ambil tindakan segera terhadap mereka ini,” kata Shaharudin Ali.

“Cara-cara nak bagi terkenal dalam masa terdekat. Hari ini buat hal, esok lusa confirm dapat kerja baharu. Media panggil buat temubual. Pengarah panggil untuk berlakon dan paling penting, jadi influencer. Modalnya buat hal pastu Insaf, Malaysia terlalu sanjung orang yang bangang,” kata seorang lagi pengguna.

Perkongsian tersebut menjadi tular di laman X selepas berjaya mendapat jumlah sebanyak 180 ribu tontonan dan 1.1 ribu tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI