fbpx

EPL: Kontrak pengendali Manchester United disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG kekal mengemudi United selepas berjaya membantu pasukan itu menjuarai Piala FA musim lalu. - AFP

LONDON – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag sah menandatangani kontrak lanjutan bersama kelab itu sehingga 2026 ketika kontrak semasanya yang ditandatangani pada musim panas 2022 bakal berakhir pada Jun tahun depan.

Ten Hag yang menyertai The Red Devils daripada Ajax Amsterdam berjaya membantu kelab itu meraih dua trofi dalam tempoh dua musim tugasnya di Old Trafford selepas merangkul trofi Piala Liga Inggeris (EFL) pada musim pertama dan musim lalu menjuarai Piala FA.

“Saya sangat gembira kerana akhirnya berjaya mencapai kata sepakat untuk terus kekal di kelab ini dan meneruskan tugas bersama-sama.

“Melihat semula bagi tempoh dua tahun lalu, kami masih mampu berbangga dengan dua trofi yang telah dimenangi dan banyak penambahbaikan telah berjaya dilakukan berbanding ketika saya mula tiba di sini.

“Bagaimanapun, masih banyak lagi perkara yang kami perlu lakukan dan bekerja keras. Itu adalah jelas,” kata pengurus berusia 54 tahun itu.

United menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di kedudukan ketiga pada musim pertama Ten Hag mengendalikan pasukan itu dan menamatkan kemarau trofi selama enam tahun pasukan itu dengan memenangi trofi EFL apabila berjaya menewaskan Newcastle United di perlawanan akhir.

Bagaimanapun, krisis kecederaan pada musim kedua menyaksikan kedudukan Ten Hag cukup goyah apabila United menamatkan saingan EPL di kedudukan kelapan dan tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara di peringkat kumpulan.

Spekulasi pemecatan pengurus itu bertiup kencang, namun kejayaan merangkul kejuaraan Piala FA menewaskan musuh setempat, Manchester City 2-1 berjaya menyelamatkan kedudukan Ten Hag

Pemilik saham kelab itu, Sir Jim Ratcliffe yang mengetuai pasukan penilaian prestasi pasukan telah membuat keputusan untuk mengekalkan Ten Hag ekoran kejayaan yang dicapai itu dan percaya struktur baharu kelab mampu membantu beliau menambah baik prestasi kelab. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI