fbpx

Enam ‘superman’ dicekup ketika beraksi di Kesas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam penunggang motosikal yang ditahan pada operasi tersebut.

KLANG – Tindakan enam sekawan membuat aksi ‘superman’ ketika menuju ke sebuah kedai makan membawa padah apabila mereka ditahan awal pagi tadi.

Kesemua lelaki berusia 18 hingga 28 tahun itu dicekup kira-kira pukul 1.20 pagi secara berasingan di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas).

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Nasri Omar berkata, penahanan mereka dilakukan menerusi Op Samseng Jalanan dengan semasa kejadian kesemua suspek menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha Y16ZR.

“Soal siasat mendapati mereka mahu menguji jentera masing-masing termasuk membuat aksi superman.

“Kesemua mereka yang menetap di sekitar Klang dalam perjalanan ke sebuah makan di Shah Alam,” katanya hari ini.

Beliau menambah, pihaknya turut mengeluarkan empat saman atas kesalahan tiada nombor pendaftaran, tiada cermin sisi dan tiada lesen memandu.

Kata Mohd. Nasri, JSPT turut menyita enam motosikal tersebut dengan operasi tersebut bertujuan bagi membendung dan membanteras kegiatan samseng jalanan bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

“Kita tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan samseng jalanan dan operasi akan terus dilaksanakan bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI