fbpx

Padah miliki 43,069 liter diesel tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Seremban

SEREMBAN – Dua individu masing-masing didenda RM50,000 di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan berurusan dengan barang kawalan 43,069 liter diesel tanpa lesen, dua tahun lalu.

Tertuduh, Liew Vi Hong, 25 dan Kong Wai Loon, 31, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mazni Mawi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama- sama didapati telah ada dalam kawalan barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel sebanyak 43,069 liter dalam keadaan menimbulkan syak yang iaitu berurusan dengan minyak diesel secara borong tanpa lesen.

Kesalahan itu dilakukan pada pukul 9.58 malam di sebuah premis di Jalan Lombong Emas 1, Taman Perindustrian Ringan Seremban di sini pada November 2022.

Timbalan Pendakwaraya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Puan Nor Alimah Mohd Sanusi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

Mahkamah kemudiannya memutuskan denda RM50,000 setiap seorang atau tiga bulan penjara sekiranya denda gagal dibayar.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI