fbpx

Copa America 2024: Brazil sekadar naib juara kumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAPHINHA berjaya meledak gol pembukaan buat Brazil ketika mereka terikat 1-1 pada aksi pagi semalam. - AFP

CALIFORNIA – Brazil terlepas peluang untuk mencatat kemenangan kedua pada saingan Kumpulan D Copa America 2024 selepas terikat 1-1 menentang Colombia di Stadium Levi’s di Santa Clara pagi semalam.

Skuad kendalian Dorival Junior itu tidak menunggu lama apabila membuka tirai jaringan menerusi Raphinha pada minit ke-12, namun mereka gagal mempertahankan kelebihan tersebut apabila Daniel Munoz membolosi gawang pada masa kecederaan babak pertama.

Keputusan itu menyaksikan Colombia mara ke pusingan suku akhir selaku juara kumpulan dan bakal bertemu Panama di Arizona, manakala Brazil terpaksa berdepan Uruguay untuk memburu slot separuh akhir di Las Vegas.

Raphinha mengakui sedikit kecewa selepas Selecao sekadar meraih satu kemenangan di peringkat kumpulan ketika menewaskan Paraguay apabila mereka turut diikat tanpa jaringan pada aksi pertama menentang Costa Rica.

“Pasukan ini sentiasa menunjukkan perkembangan positif dalam setiap sesi latihan dan kami berada di landasan tepat. Bagaimanapun, malangnya kami tidak mendapat keputusan yang dimahukan dan ini bukanlah kedudukan yang kami inginkan ke suku akhir.

“Namun, siapa sahaja yang kamu akan jumpa, kami akan berikan yang terbaik kerana itu sahaja cara untuk kami muncul juara. Kami akan membuat persedian rapi dan turun memberikan aksi terbaik.

“Kami tidak boleh memilih pasukan yang ingin ditemui. Suku akhir pastinya bertambah sengit kerana semua pasukan mahu ke kelompok empat pasukan dan kami akan mencubanya,” jelasnya.

Brazil berdepan tugas berat untuk berdepan Uruguay nanti selepas mereka bakal kehilangan khidmat ‘ayam tambatan’, Vinicius Jr. yang digantung perlawanan selepas mengutip dua kad kuning termasuk aksi kali ini selepas menerjah keras James Rodriguez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI