fbpx

CCTV bongkar kes bunuh pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV menunjukkan mangsa membonceng motosikal yang ditunggang oleh suspek. - Polis Wilayah Lampung

JAKARTA – Bapa saudara seorang pelajar perempuan yang ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman akhirnya diberkas selepas rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) mendedahkan mangsa membonceng motosikalnya, lapor laman berita Detik kelmarin.

Suspek yang dikenali sebagai Herman,  dipercayai membunuh anak saudaranya, Anggi Lestari selepas memperkosa gadis itu.

Berdasarkan rakaman CCTV rumah penduduk tempatan, suspek dilihat menunggang motosikal dibonceng mangsa, yang lengkap berpakaian seragam sekolah.

Rakaman CCTV itu berjaya membantu siasatan polis yang sudah memakan masa sebulan kerana kekurangan bahan bukti yang ditemui di lokasi kejadian.

“Pada awalnya, pasukan penyiasat mengalami masalah kerana kekurangan bahan bukti.

“Namun, dalam rakaman CCTV ini, mangsa dilihat membonceng motosikal suspek yang memakai jaket berwarna hitam,” kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Wilayah Lampung, Komisioner Besar Umi Fadillah Astutik.

Tambah Umi Fadillah, mangsa dilaporkan sering menolak untuk menaiki motosikal bersama individu yang tidak dikenali. 

Justeru, pihak polis menyimpulkan bahawa lelaki dalam CCTV tersebut mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa.

“Ini menjadi petunjuk kuat kepada polis untuk menumpukan siasatan kepada ahli keluarga, sehinggalah kami dapat mengenal pasti bahawa suspek ialah bapa saudara mangsa,” ujarnya.

Suspek ditahan Isnin lalu ketika bersembunyi di wilayah Sumatera Selatan.

Dalam kes tersebut, suspek dikatakan menikam mangsa berkali-kali menggunakan pisau sebelum memperkosanya.

Umi Fadillah berkata, motif pembunuhan adalah suspek mahu mengambil wang daripada mangsa.

“Dia merampas wang daripada mangsa, namun mangsa melawan. Suspek panik lalu menikam mangsa menggunakan pisau beberapa kali sebelum meninggalkan mayatnya di dalam parit,” jelasnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI