fbpx

Busana perarakan Olimpik terima sentuhan Rizman Ruzaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONTINJEN negara akan mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal tanah air untuk busana yang akan digayakan pada pembukaan Sukan Olimpik Paris nanti. - FB MAJLIS SUKAN NEGARA

KONTINJEN Malaysia bakal dilengkapkan busana baju Melayu menjelang upacara perasmian pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 di Sungai Seine dan lebih manis pakaian tradisional itu mendapat sentuhan pereka terkenal tanah air, Rizman Ruzaini

Perkara tersebut disahkan sendiri Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik 2024, Datuk Hamidin Mohd. Amin selepas mengakui Kontinjen Malaysia bakal mengenakan busana tradisional baju Melayu.

“Sudah pasti ia akan bertemakan baju Melayu. Kami telah memuktamadkan reka bentuk dan akan mempamerkannya kepada umum tidak lama lagi,” katanya semasa sidang media di Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam.

Sebagai rekod, Malaysia telah mengenakan pakaian tradisional baju Melayu pada hari perasmian pembukaan Olimpik sejak bermula 1992 di Barcelona hingga Beijing 2008.

Selepas itu, busana pakaian kebangsaan itu diteruskan pada Olimpik Rio 2016 dan juga Tokyo 2020.

Bagaimanapun, pakai kontinjen Malaysia di Tokyo itu diinspirasikan daripada persalinan pemakaian Hang Tuah dalam segi penggayaan dan suntikan elemen segar dari corak geometrik dan warna Jalur Gemilang sebagai warna asas. 

Rekaan pakaian terbabit adalah daripada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Shah Alam.

Upacara perasmian Olimpik Paris dijadual diadakan di Sungai Seine dengan bot membawa para atlet bagi setiap delegasi negara.

Perarakan itu akan sampai ke penghujung laluannya sejauh enam kilometer di hadapan Trocadero, di mana unsur-unsur protokol Olimpik dan pertunjukan akhir bakal berlangsung.

Setakat hari ini, kontinjen Malaysia dibarisi 26 atlet daripada lapan jenis sukan iaitu memanah, badminton, akuatik, berbasikal, menembak, golf, pelayaran, angkat berat dan olahraga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI