JAKARTA – Seorang bekas mahasiswi universiti Indonesia ditangkap ketika sedang berdua-duaan dengan suami orang di dalam sebuah kenderaan oleh isterinya, lapor portal Berita Satu.
Di dalam satu rakaman video yang tular di media sosial, bekas pelajar terbabit dilihat duduk di sebelah lelaki berkenaan, baru-baru ini.
Tindakannya menyebabkan si isteri meminta gadis itu memberikan penjelasan.
Namun, kata gadis itu, dia secara tidak sengaja menemui suami wanita berkenaan.
Isteri tersebut terus mendesaknya untuk membuka mulut bagi membuktikan dia tidak melakukan perbuatan tidak baik di dalam kenderaan itu
Pada 2023, nama bekas mahasiswi itu menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen kerana melakukan hubungan dengan seorang pensyarah universiti. – AGENSI